5 TIPS SEBELUM KE VIETNAM

February 21, 2017 2 Comments by Fadzli Amin

KHAS BUAT ANDA YANG AKAN KE NEGARA VIETNAM

5 TIPS INI BAKAL MENYELEMATKAN DUIT ANDA

Jika anda baru pertama kali ingin ke negara Vietnam terutamanya Bandaraya Ho Chi Minh kami pasti anda tertanya-tanya beberapa soalan seperti berikut:

  1. Selamatkah bila berada di sana?
  2. Duit nak tukar di mana? Malaysia ker?
  3. Senang tak nak cari makanan halal?
  4. Pengangkutan
  5. Extra services

Berikut adalah 5 tips yang kami sangat tekankan kepada semua peserta Trip Bisnes Borong Vietnam kami. Ianya berdasarkan pengalaman kami selama 8 tahun dalam mengendalikan Trip Bisnes Borong Vietnam ini:

1. KESELAMATAN

Dari segi keselamatan, pastikan anda tidak melakukan perkara-perkara berikut:

A.  Jika hotel anda berada diluar kawasan Pasar Ben Tahn, pastikan anda sudah pulang ke hotel sebelum jam 10:30 malam (waktu Vietnam)

KESELAMTAN

PASTIKAN ANDA SENTIASA BERJALAN DALAM KUMPULAN DAN DI TEMPAT YANG TERANG

Ini kerana dilaporkan kebanyakan kes samun/rompak/”pow” berlaku di jalan-jalan gelap luar dari kawasan Pasar Ben Tahn di waktu 11:00mlm – 3 pagi.

B.  Jika anda membawa handbag, sling bag, pouch bag – pastikan ianya sentiasa berzip dan bertutup. Mereka tidak akan membuat sesuatu pada anda jika anda sendiri tidak memberi peluang pada mereka

DSC_04052

BEG SEPERTI HENDAKLAH SENTIASA BERZIP ATAU BERKLIP DAN BERTUTUP

2. KEWANGAN

Untuk kewangan atau duit:

Pastikan anda bahagi2kan duit mengikut jumlah tertentu.

Jika anda membawa RM5,000 pecahkan kepada 10 x RM500 atau 5 x RM1,000. Kami selalu sarankan gunakan sampul duit raya yang lama

duit-raya-isolated-white-background-money-given-adult-to-children-eid-al-fitr-celebration-malaysia-55770553

PECAHAN DUIT INI BOLEH MEMBANTU ANDA MENGAWAL PERBELANJAAN

Contohnya, setiap sampul bernilai RM500 atau RM1,000.

 

Sebabnya yang pertama adalah kerana, ianya dapat membantu anda mengawal perbelanjaan – ya lah, bila dah shopping memang kadang-kadang kita terlupa berapa sudah kita belanjakan.

Kedua disebabkan keselamatan, jika anda mengumpulkan kesemua dalam 1 sampul surat atau ikatan (getah) – awas ya, banyak mata yang memerhatikan anda.

Kebanyakan kedai dan peniaga Kawasan sekitar Pasar Ben Tahn menerima RM kecuali di Saigon Square dan juga Gedung Takasyimaya. Oleh itu, kami sarankan tidak perlu tukar kesemua duit kepada Vietnam Dong. Hanya perlu tukar sedikit (RM200-RM500) untuk kegunaan harian seperti air minuman dan pengangkutan. Jika perlu, boleh tukar di beberapa kedai emas sekitar Pasar Ben Tahn – rate mereka kadang-kadang lebih baik berbanding di Malaysia

3. MAKANAN HALAL

Bila sebut mengenai makanan Halal, sila ingat beberapa perkara:

Harga Makanan halal di negara bukan Islam memang tinggi. Jika di Vietnam, anda akan belanja sekitar RM20-35 seorang untuk sekali makan. Contoh jika 3 kali makan (breakfast, lunch dan dinner) anda perlu peruntukan sekurang-kurangnya RM100 seorang untuk sehari.

Oleh itu, jika anda boleh berjimat – cubalah jimat dengan membawa makanan segera dari Malaysia (mi segera, roti, oat)

IMG_20160415_200624

MAKANAN HALAL DI SANA MEMANG LAZAT DAN MEMANG “KENA” DENGAN SELERA ORANG MALAYSIA

Jika anda berada disekitar Pasar Ben Tahn memang terdapat banyak restoren Halal, tetapi jika diluar kawasan tersebut agak sukar untuk mendapatkan makanan Halal. Oleh itu sediakan bekalan makanan jika anda keluar dari kawasan tersebut

4. PENGANGKUTAN

Untuk ke kawasan sekitar Bandaraya Ho Chi Minh, anda digalakkan menaiki kenderaan awam seperti taxi dan bas.

Jika anda menaiki taxi, pastikan anda ingat no taxi tersebut. No taxi boleh didapati di cermin hadapan setiap taxi dan ianya 4 digit. Ini kerana jika anda tertinggal sesuatu dalam taxi tersebut, anda boleh call syarikat taxi dan nyatakan no taxi 4 digit itu untuk mereka pulang dan hantarkan barang yang tertinggal tadi.

DSC_040523

NO TAXI SEPERTI INI AKAN DI TAMPAL DI SETIAP CERMIN HADAPAN TAXI.

Terdapat kes di mana peserta tertinggal beg tangan di dalam taxi – alhamdulillah peserta tersebut sempat snap no taxi tersebut dan dapat kembali beg tangan nya.

Jika anda dari airport dan ingin ke Pasar Ben Tahn, anda boleh menaiki bas bernombor :

152 (hijau) berharga VND 5,000 atau bersamaan RM1

109 (kuning) berharga VND20,000 atau bersamaan RM4

Manakala taxi pula sekitar VND150,000-230,000 (RM30-45)

5. SERVIS TAMBAHAN

Jika anda perlukan apa servis bantuan seperti beg wrapping, atau lawatan ke mana-mana, dinasihatkan anda cuba dapatkannya di kaunter reception hotel. Mereka boleh bantu anda.

IMG_20160417_103646

WRAPPING SERVICES BOLEH DILAKUKAN DI HOTEL-HOTEL DENGAN KADAR YANG AGAK BERPATUTAN

TIPS: jangan terlalu mengejar servis yang “MURAH” – dikhuatiri ada hidden cost lain yang mereka sembunyikan. Tanya dan dapatkan info yang tepat sebelum membuat keputusan.

Cuba elakkan mengambil servis-servis yang ditawarkan di airport kerana harga nya boleh mencecah 2-3 kali ganda berbanding di hotel

Moga 5 tips ini dapat membantu dan memudahkan perjalanan anda. Kami doakan semoga trip anda selamat dan menggembirakan.

MAHU KAN TIPS YANG LEBIH MENDALAM?

12695061_1122825224402874_7306996376902905612_o

Sertai Seminar Bisnes Borong kami.

KLIK DI SINI

 

Atau

Mahu sertai trip bisnes borong kami? Kami bawa ke lubuk-lubuk shopping.

Anda cari apa, beritahu kami dan kami bawakan anda ke lubuknya.

KLIK DI SINI:

 

IMG_20160226_172401

 Anda ada sebarang persoalan yang ingin diajukan?

Whatsapp kami di sini:
Taip “BORONG VIETNAM”

2 Comments

  1. Rj
    5 months ago

    Borong

    Reply

    • Fadzli Amin
      5 months ago

      assalamualaikum dan salam sejahtera tuan Rizal

      terima kasih kerana berminat dengan program anjuran kami.

      untuk membantu tuan dengan lebih pantas,
      boleh whatsapp kami di 012.225.0895 (Tn. Fadzli)

      insya Allah kami sedia membantu

      terima kasih

      wassalam

      Reply

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *