KENAPA VIETNAM?

February 5, 2016 18 Comments by Fadzli Amin

KENAPA DI VIETNAM?

Kenapa perlu ke Vietnam? Apa yang ada di Vietnam?

Ramai yang menyedari negara Vietnam yang hanya dua jam jaraknya daripada Malaysia, menyediakan platform besar kepada peniaga-peniaga kecil bagi memulakan bisnes borong. Produk yang menepati cita rasa pengguna, harga murah dan kos yang berpatutan untuk ke sana adalah penarik utama sebab ramai yang menjadi usahawan tegar memborong dari Vietnam.

Tim Great Minds amat komited menyediakan servis terbaik kepada usahawan-usahawan yang mengetahui lebih lanjut peluang dan ruang bisnes yang dapat diceburi di Ho Chi Minh.

poster langkawi 1

Usahawan di bimbing awal di Malaysia melalui siri Kursus Borong yang dikendalikan sendiri oleh usahawan yang berpengalaman lama memborong di Vietnam, diikuti dengan trip bulanan ke Ho Chi Minh yanh sentiasa mendapat maklum balas positif daripada peserta-peserta yang menyertainya.

bbv2

Tim Great Minds sentiasa proaktif dan fleksibel bagi memastikan memastikan keperluan para peserta yang menyertai trip kami ke Vietnam mahupun china dapat dicapai sebelum pulang semula ke Malaysia.

Mempelopori konsep Survivor Mode, setiap usahawan diberi tunjuk ajar oleh trainer terlatih tentang cara cara mahu bergerak di sekitar Saigon dengan menggunakan kenderaan awam seperti bas dan teksi.

 

Apa yang menarik di Vietnam?

Terdapat banyak lokasi memborong produk-produk buatan Vietnam. Sekiranya datang bagi memborong, pastikan hajat itu dimaklumkan lebih awal kepada peniaga supaya mereka dapat memberikan harga yang terbaik dan menarik.

Pasar Binh Tay lebih dikenali sebagai Pasar Cholon adalah antara pasar terbesar di Ho Chi Minh dan menarik minat ramai pelancong dan peniaga. Pasar ini unik kerana lokasinya berdekatan dengan stesen bas.

Peniaga-peniaga di sini menjual secara runcit dan borong. Susunan produk di setiap kedai amatlah padat dan banyak. Peniaga Vietnam juga ada yang mengambil produk dari sini dan menjualnya di pasar-pasar sekitar Ho Chi Minh. Antara barangan yang dijual sini ialah  seperti kain pasang, makanan, kain kapas, kain lycra, kain bersulam, pakaian dalam, kelengkapan dapur, syampu, gel mandian, kasut, barang kemas dan pelbagai lagi.

Antara tempat akan bakal peserta memborong adalah seperti Pasar Ben Thanh, juga dikenali sebagai Pasar Saigon. Terdapat beratus-ratus kedai yang menjual pelbagai barangan. Sebagai contoh, pakaian lelaki, pakaian wanita, telekung, baju kurung, kain, alas meja, kasut, selipar, barangan kraftangan, beg, makanan ringan dan banyak lagi.

vietnam

Lokasi yang strategik menjadikan Pasar Ben Thanh sebagai pusat tumpuan ramai.

 

Sebagai peniaga, trip dan tujun utama ke Ho Chi Minh sudah pasti mencari produk ataupun perkhidmatan yang berpotensi menjana wang. Antara barang “famous” usahawan borong ialah  fabrik.

Banyak pilihan fabrik dengan harga yang berpatutan dan kualiti yang bermuti tinggi

kain

Dengan pilihan yang banyak dan harga yang murah, ramai peniaga yang datang ke sini adalah bertujuan untuk membeli fabrik. Ada yang menjual sebagai kain pasang dan juga yang menambah nilai dengan menukarkan kepada pakaian seperti tudung, baju kurung, jubah, seluar, baju sut dan banyak lagi.

Antara kedai yang menawarkan perkhidmatan menyiapkan baju sut dalam masa satu hari

Selain dari fabrik, baju kurung Vietnam adalah satu fenomena dan laku keras di Malaysia. Faktor yang menyebabkan ia menjadi pilihan ramai wanita Malaysia adalah kerana kualiti fabrik dan jahitan yang bermutu tinggi. Paling utama, harga baju kurung siap ini jauh lebih murah dibandingkan membeli fabrik dan menghantar kepada tukang jahit di Malaysia.

 

Ini adalah perkembangan yang baik kerena peniaga baru di Malaysia tidak perlu bersusah payah membawa contoh pakaian dan fesyen kerana semuanya telah mengikut cita rasa wanita Malaysia dan yang paling menarik anda boleh labelkan dengan jenama anda sendiri. Cara mudah untuk menjenamakan perniagaan anda dengan kualiti terbaik !

il_fullxfull.193127284

Antara keistimewaan baju kurung dari Vietnam ini terletak ada sulaman manik yang cantik dan kemas. Desain sulaman ini sentiasa berubah ubah.

Antara baju kurung yang di jual di Vietnam

Penduduk di vietnam adalah warga kerja yang kreatif. Hal ini dibuktikan dengan penghasilan pelbagai kraftangan yang unik dan menarik. Barangan dijual pada harga yang murah dan mempunyai nilai jualan semula (resell value) semula yang tinggi.

Antara barangan yang menarik adalah kaca mata, lukisa canvas, jahitan cross-stich, hiasan berasaskan plastic, beg manik dan bersulam serta pelbagai lagi.

Kesimpulannya, ketidakyakinan dan ketakutan ciptaan sendiri membunuh motivasi peniaga-peniaga kecil yang baru berjinak-jinak memulakan bisnes. Cipta peluang untuk masa depan yang lebih proaktif.

 

 


LOGOSMALL

Berminat untuk turut serta?

HUBUNGI MASTER TRAINER KAMI:

TUAN MOHAMAD FADZLI : 012-225 0895

TUAN KHAIRUL : 019-693 5139

 

 

 

 

 

 

18 Comments

  1. Norizah Ali
    1 year ago

    nak cari peluang perniagaan di vietnam.

    Reply

    • Fadzli Amin
      1 year ago

      assalamualaikum cik puan Norizah, terimakasih kerana menghubungi kami.

      insya Allah memang Vietnam mempunyai pelbagai ruang dan peluang untuk peniaga samada baru atau peniaga sediada.

      Untuk memudah cara, boleh whatsapp kami di 012-2250895 (tuan fadzli)

      insya Allah kami akan bantu cik puan dalam mencari peluang perniagaanyang puan cari

      Reply

  2. Afeeya
    9 months ago

    Sgt berminat untuk membuka perniagaan. Berapa jumlah anggaran modal utk memulakan perniagaan baju kurung?

    Reply

    • Fadzli Amin
      9 months ago

      Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera

      menjawab soalan saudari Afeeya, modal untuk berniaga adalah amat subjektif.
      Semuanya bergantung pada:
      a) pemasaran
      b) penjualan
      c) Perancangan
      d) produk

      Untuk berniaga baju kurung terdapat pelbagai jenis design , kualiti dan juga material yang akan menentukan harga baju kurung tersebut.

      Jika Cik Puan Afeeya serius untuk memborong dari Vietnam kami sangat alu-alukan kehadiran cik puan ke Seminar Bisnes Borong kami yang akan kami anjurkan pada 4 Mac 2017 di Kuala Lumpur

      Insya Allah pelbagai informasi dari segi harga borong, kos-kos terlibat dan cara memasarkan produk akan kami kongsikan

      jika berminat boleh klik ke link berikut:
      bisnesborongvietnam.com/kelas-bisnes-borong/

      terima kasih

      Reply

      • mohd yusof
        9 months ago

        saya berminat berniaga barangan sukan seperti kasut, baju beg dlll. berapa kos dan adakah blh untung dgn menjual produk begitu.

        Reply

        • Fadzli Amin
          9 months ago

          assalamualaikum tuan Yusof,

          bergantung pada jenis kasut, baju dan beg.
          Di Vietnam tak semua jenis produk sukan berkualiti, bergantung pada jenis sukan (Golf, tennis, running, general sports adalah amat baik)

          Reply

  3. hayati
    8 months ago

    Bila nak buat program diTerengganu?

    Reply

    • Fadzli Amin
      8 months ago

      buat masa ini belum ada perancangan dalam masa terdekat ke Terengganu

      Reply

  4. Noor hanun Mat rawai
    7 months ago

    Salam
    Bila next seminar will be?

    Reply

    • Fadzli Amin
      7 months ago

      insya ALlah will be on 15th July 2017

      boleh daftar before 10 May 2017 and get the same registration fees

      FYI, after 10th May registration fees will be RM349

      Reply

      • Aluis amu
        4 months ago

        Salam tuan. Saya nak tanya. Selain daripada memborong di vietnam, pihak tuan ada tak menyediakan cara paling mudah untuk kami ambil barang/borong dari malaysia saja. Sebab susah kalau nak pergi ke luar negara. Kesesuaian masa susah nak dirancang kerana urusan kerja.

        Reply

  5. Yati
    6 months ago

    boleh saya tahu trip seterusnya bila? Boleh dptkn pemborong n tukang jahit di sana ke?

    Reply

  6. Norlela malek
    6 months ago

    Saya berminat nak mula perniagaan

    Reply

  7. md husaini
    6 months ago

    assalamualaikum tuan,

    saya berminat untuk mulakan peniagaan kasut jenama seperti nike, adidas, berapakah modal yang diperlukan?

    Reply

  8. tj
    5 months ago

    baju kanak2 murah ke kat sana average brapa

    Reply

  9. tj
    5 months ago

    harga pakai an kanak2 harga average brapa yaa

    Reply

  10. susanti
    2 months ago

    Assalamualaikum sya Sgt berminat untuk membuka perniagaan. Berapa jumlah anggaran modal utk memulakan perniagaan kain @ baju kurung

    Reply

  11. Rosmawati Shaharuddin
    1 month ago

    Saya berminat untuk berniaga.

    Ada beberapa soalan untuk penjelasan:
    1. Perlu mengikuti kursus/program yg pihak tuan jalankan.
    2. Adakah perlu bersama grup tuan ke vietnam untuk membeli barang secara borong.
    3. Barangan yang di beli di tempat borong atau tempat/ pasar/ kedai yang biasa ada di sana.

    Reply

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *