Keselamatan di Saigon, Vietnam

March 21, 2015 No Comments by khairul

Sekiranya kita bertanya, apakah perkara yang paling anda ingati tentang Ho Chi Minh? 90% pasti akan menjawab – jumlah motosikalnya!

Selamat datang ke Kota Motosikal!

Pengunjung yang pertama kali ke Ho Chi Minh pasti akan berasa sangat takjub dengan keadaan lalu lintas di bandar metropolitan ini. Lautan motosikal yang memenuhi hampir seluruh jalan adalah pemandangan yang sangat menarik perhatian pelancong pertama kali menjejaki bumi Vietnam. Namun, ia tidak terhenti setakat menarik perhatian. Setiap jiwa juga pasti bertanya, bagaimanakah mahu melintas jalan sebegini sibuk dan sesak? Kelihatan hampir mustahil untuk selamat sampai ke seberang jalan tanpa digilis oleh jutaan motosikal yang bertali arus.

saigon

Teruskan fokus

 

Motorsikal di vietnam

Motorsikal di vietnam

 

Seorang pelancong ke Ho Chi Minh telah membuat rakaman dari atas sebuah motosikal yang diboncengnya. Rakaman yang dibuat pada hari Sabtu, sekitar jam 5 petang itu boleh dilihat di pautan ini:

http://bit.ly/MotorSaigon

Jelas kelihatan bagaimana bersimpang-siurnya lalu lintas di Kota Motosikal tersebut. Mana-mana motorsikal dengan penuh yakin mencelah arus  bertentangan untuk menukar laluan. Yang paling utama, tiada kemalangan jiwa, tiada surat saman yang diterima dan semuanya seperti biasa-biasa sahaja. Sungguh luarbiasa!

Antara tip utama yang seringkali kita dengar dari mereka yang berpengalaman mengunjungi bandar ini ialah, melintas dengan tenang dan berjalan pada tempo yang sama. Terus berjalan dan pandang dihadapan tanpa melihat kiri dan kanan. Ya, itulah tip keselamatan jalan raya untuk bandaraya ini. Sekiranya diperhati dengan teliti, penunggang motosikal mahupun kereta memandu pada kelajuan yang hampir sama, sekitar 30-40 km/j pada waktu puncak di jalan-jalan utama sekitar bandar Ho Chi Minh. Namun begitu, jarak antara motosikal ke motosikal atau ke kenderaan lain sangat rapat.

melintas di saigon

Tenangkan hati dan fokus

 

Oleh yang demikian, apabila berhajat untuk melintas jalan utama yang sesak, pastikan tunggu sehingga ada jarak yang selamat dengan kenderaan yang sedang memandu ke arah kita. Melintas dengan tenang dan bergerak pada tempo yang sama. Kita akan dapati, pemandu akan memperlahankan kenderaan masing-masing, atau cuba mengelak dari pelintas jalan dengan mengubah haluan ke belakang pelintas tersebut. Jangan sekali-kali berhenti di tengah jalan atau cuba mengubah tempo gerakan secara tiba-tiba kerana ia mungkin akan menyebabkan pemandu kenderaan tidak bersedia dan mengakibatkan kemalangan.

Tip yang kedua ialah melintas bersama orang tempatan. Mereka sudah boleh membaca dengan tepat keadaan yang sesuai untuk melintas jalan.

 

P1080757

Seterusnya, tip ketiga ialah berhati-hati dengan barangan berharga seperti beg tangan apabila berada di jalanan. Kejadian ragut yang dilakukan oleh penunggang motosikal adalah antara perkara yang seringkali didengari di sana.

Pernah satu ketika, sedang kami menikmati minuman air kelapa tidak jauh dari Pasar Ben Than, seorang pelancong dari Australia singgah duduk di sebelah meja kami.  Beliau berkongsi cerita kepada kami dan dua orang lagi pelancong berbangsa Jerman yang duduk di meja yang berhampiran. Kisahnya, beliau telah diragut sebaik sahaja keluar dari hotel oleh sebuah motosikal. Ribuan wang USD miliknya hilang begitu sahaja.

Ben_Thanh_Market_Saigon.jpg_3181252008_2_S_1

Pelancong adalah sasaran utama kumpulan ini. Oleh yang demikian, kita seharusnya berjaga-jaga dan lebih waspada terutamanya apabila keluar dari pintu hotel. Mungkin ada yang sedang memerhati dan menunggu peluang yang sesuai untuk bertindak di atas kecuaian kita sendiri.

Kami suka!

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *