RESTORAN MAKANAN HALAL DI HO CHI MINH CITY

December 6, 2017 No Comments by Aishah Sakinah

RESTORAN MAKANAN HALAL DI HO CHI MINH CITY
.
Sapa kata susah nak cari makanan halal di Vietnam?
.
Lebih-lebih lagi di Ho Chi Minh City, banyak makanan yang best anda boleh rasa di sini. Confirm anda tak kebuluran punya.πŸ˜…πŸ€€
.
Tapi faham-faham je la ye, harga makanan halal di sini agak mahal kerana masyarakatnya bukan majoriti beragama Islam.Β 
.
Contohnya harga sekeping roti canai tanpa kuah kari boleh sampai 25.000 VND iaitu bersamaan RM4.62.
.
Walaupun mahal, sangat rugi kalau anda tak merasa makanan Vietnam bila berkunjung ke sana. Nak tahu tak restoran halal yang best dan sedap? Jummm..
.
3 Restoran yang kami kongsikan ini terletak di District 1

 

 

 

🍲 THE DAUN RESTAURANT
.
Restoran ini hanya 3 minit dari pasar Ben Thanh dengan berjalan kaki.
.
Oleh kerana pemiliknya orang Singapura, restoran ini menyajikan berbagai makanan tempatan, Singapura, Malaysia dan bahkan masakan barat.
Paling best, kemudahan wifi juga disediakan di sini!
.
Alamat: 194 Le Thanh Ton Street, Ben Thanh Ward, District 1
.
πŸ₯£Β KAMPUNG PANDAN RESTAURANT
.
Restoran ini lebih kurang 5 minit saja dari Pasar Ben Thanh. Pemiliknya adalah orang Malaysia.
.
So, restoran ini menyajikan makanan India berserta makanan lokal dan sajian lain dari Asia. Jangan lupa mencuba Roti Canai kat sini ya!
.
Alamat: 53 Thu Khoa Huan Street, District 1
.
🍱 HALAL SAIGON
.
Halal Saigon berada di seberang Masjid Musulman. Restoran ini menyajikan hidangan tempatan, Malaysia dan vegetarian.
.
Kalau korang nak tahu, restoran ini merupakan restoran yang paling laris dalam senarai ini dan juga yang paling mudah dicari.
Alamat: 31 Dong Du, District 1, Ho Chi Minh City
.
Okay itu saja perkongsian kami. In sya Allah akan datang kami akan kongsikan makanan apa yang best pula di Ho Chi Minh City. Stay tunedπŸ˜‹πŸ˜‹

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *