TIPS PENGHANTARAN BARANG PULANG

November 21, 2017 No Comments by Aishah Sakinah

BANYAKNYA BARANG! MACAM MANA NAK BAWA BALIK NI?

Bila sudah tiba di Vietnam, adalah menjadi lumrah di mana kita akan spend barangan yang banyak.

Jika diikutkan, luggage untuk nak bawa pulang barangan hanya 30-40kg seorang.

Bayangkan jika anda memborong telekung (0.8kg/pc) berapa pasang telekung sahaja yang boleh di bawa pulang kan?

Ok di sini kami nak share mengenai shipping:

2 CARA SHIPPING BARANG KE MALAYSIA DARI VIETNAM

a) UDARA 
– Untuk perkhidmatan udara, ianya akan di kira dengan jumlah berat. Sebagai contoh:
10-30 kg : RM15/kg
31-50 kg : RM13.50/kg
dan seterusnya
.
Kelebihan shipping udara adalah ianya cepat selalunya 3-4 hari bekerja dan akan tiba di alamat penghantaran.
.
Sekarang harga2 yg diberikan sudah termasuk cukai Import dan juga GST.

b) SHIPPING LAUT

– Untuk shipping laut ianya akan dikira mengikur size.
1 cbm (cubic meter) atau 1 meter persegi.

Tak kira produk apa dan berat, ianya akan tetap dikira dalam size.
.
Selalunya 1 cbm boleh memuatkan:
– telekung : 400 pasang
– baju kurung/jubah : 500-600 pasang
– tudung : beribu helai
.
Average harga per cbm adalah sekitar RM1000-RM1200 (bergantung pada lokasi penghantaran)

NAK BORONG BARANG DI VIETNAM?

Ukuran 1 cbm 

Satu kekurangan penghantaran laut adalah ianya memakan masa 2-3 minggu. 

So mana 1 pilihan anda? 🙂

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *