TRIP BISNES BORONG VIETNAM

December 14, 2016 3 Comments by Fadzli Amin

PERHATIAN BUAT ANDA YANG INGIN MULAKAN BISNES PAKAIAN MUSLIMAH

“5 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU CARI PRODUK SUPPLY DARI NEGARA VIETNAM”

Akan dikupaskan dalam pos ini:

  • Design yang akan “HOT” untuk AidilFitri 2017
  • Lubuk-lubuk rahsia pusat borong pakaian “berkualiti” di Vietnam
  • Cara mudah untuk buat Pakaian Jenama Sendiri
  • Pelajari ilmu berniaga dari usahawan berpengalaman

Pernahkah anda mengalami masalah berikut

*  Dengar semua orang kata Vietnam adalah syurga untuk mendapatkan stok pakaian mulismah, rasa nak pergi sendiri dan dapatkan stok untuk bisnes raya 2017, tapi bagaimana?

*  Kawan-kawan yang mula tahun lepas sekarang ada yang berhenti kerja dan full-time berniaga tudung/jubah – jelesssnyaaaa la. Nyesal tak join!

* Nilai Ringgit Malaysia jatuh, berbaloi ke beli produk dari Vietnam ni? Mampu Untung ke?

*  Dah google, tapi terlalu banyak tips dari “keyboard warriors“. Tak tahu mana 1 yang betul dan boleh dipercayai.

*  Perlukan mentor dan pembimbing yang berpengalaman luas dalam selok belok borong Vietnam … tapi siapa?

CUKUP … CUKUP … ANDA TERLALU HEBAT UNTUK MENERIMA SEMUA KRITIKAN DAN CABARAN ITU. ANDA HANYA PERLU DIBIMBING OLEH MEREKA YANG BERPENGALAMAN DAN IKHLAS MEMBANTU ANDA

Berikut adalah 5 sebab utama mengapa anda perlu ke Vietnam untuk memulakan bisnes pakaian Muslimah anda

1

Tahukah anda, hampir 87% dari Butik terkenal di Malaysia ini bermula dari Vietnam?

Dan 50% darinya masih menjadikan Negara Vietnam sebagai pengilang untuk produk mereka. Jika “big player” (butik terkenal dan besar) ini masih menjadikan Vietnam sebagai sumber mereka mendapatkan produk terkini, mengapa anda tak boleh?

Cer fikir …

2

Pengeluar Pakaian Muslimah di Vietnam lebih up to date dengan design-design terkini atau yang bakal meletop untuk Raya 2017 nanti –

Mengapa dan Bagaimana ini terjadi???

Sebabnya adalah pada #1 di atas, “big player ini sudah hantar design – design Aidilfitri mereka seawal bulan Oktober lagi, bila itu terjadi – sudah pasti pengilang dan pengeluar ini tahu design-design yang bakal meletop Aidilfitri ini.

Maka mereka akan keluarkan produk dan design yang “sama tapi tak serupa” dengan design “big player” ini.

Dan anda boleh borong terus dari mereka design-design terbaru anda.

a

3

Warga Vietnam memang terkenal dengan kepakaran mereka dalam seni menjahit.

Fakta, tahukah anda, proses untuk menyiapkan sepasang kurung chiffon (berserta inner) ditambah dengan sulam dan manik hanyalah 1-2 hari sahaja tanpa menjejaskan kualiti jahitan mereka

IMG_20160924_094040

4

67% pusat borong fasih berbahasa Melayu dan English dan mereka juga turut menerima Ringgit Malaysia (RM) sebagai matawang dagangan.

Semua produk adalah dalam RM, tak perlu kita terkial-kial nak buka apps untuk convert duit Malaysia, Vietnam dan USD. Jimat masa dan tenaga anda untuk membuat kira-kira

5

Hampir semua produk borong tidak diletakkan label, anda bebas meletakkan label jenama anda setanding jenama-jenama besar.

Inilah cara yang paling mudah untuk mulakan Pakaian Jenama Sendiri. Anda disarankan membawa label dari Malaysia untuk terus dijahit pada pakaian yang diborong/ditempah. Proses menjahit label tidak memakan masa yang lama

il_fullxfull.193127284

5 sebab utama di atas sepatutnya sudah cukup meyakinkan anda pergi ke Negara Vietnam bagi mendapatkan produk supply untuk bisnes Pakaian Muslimah anda

Bagaimana untuk pergi ke sana & Siapa yang boleh bantu anda?

SERTAI TRIP BISNES BORONG VIETNAM 2017

IMG_20160319_143504(1)

TRIP BISNES BORONG VIETNAM

Mengapa anda patut sertai Trip ini?

  • Syarikat yang berpengalaman luas selama hampir 7 tahun membimbing usahawan fesyen Muslimah.
  • Trip ini telah diadakan hampir setiap bulan selama 7 tahun
  • Master Trainer yang berpengalaman luas dalam ilmu fesyen Muslimah dan marketing
  • Mempunyai rangkaian supplier yang besar yang terdiri daripada pengilang dan pengeluar yang hebat dari serata Vietnam
  • Mempunyai servis penghantaran pulang produk ke Malaysia dengan harga berpatutan

TRANSFORMASI DAN TESTIMONI

Apa kata mereka yang telah turut serta dalam Trip Bisnes Borong Vietnam ini

Konsep ni (Survivor Mode & Borong Vietnam) ok sebab boleh buat peserta independent (berdikari) dan senang untuk datang for next Trip.
Kawe bagi A kat demo Li (Tuan Fadzli) for all the services dan tips

rozani
Mohd Rozani
Pekerja sektor Kerajaan

Saya Nazri dari Singapura sangat berpuas hati dengan ayanan dan tunjuk ajar dari Tuan Fadzli pada trip bisnes borong Vietnam. Banyak tips dan tunjuk ajar tentang bagaimana kami boleh berurusan dengan supplier di Vietnam dan saya memang akan recommend trip Borong Vietnam pada semua dan overall saya berikan 9/10 bintang.
Tahniah Bisnes Borong Vietnam!
nazri
Nazri Othman, Singapore
Usahawan

Puan Maryam Salleh & Puan Zubaidah (Kuala Lumpur)

Pengusaha Barangan Kemas dan Pakaian Muslimah

Tuan Abdul Rahman & Puan Liyana (Seremban)

Pengusaha Pakaian Muslimah

Cik Hanis (Damansara) & Cik Diyana (JB)

Lepasan Universiti

Apa anda akan dapat dengan mengikuti trip bisnes borong Vietnam ini?

  • Dengan hanya 3 hari 2 malam, anda akan dapat produk idaman anda yang boleh anda niagakan
  • Jimat masa, tak perlu meredah sendirian tanpa hala-tuju (tak tahu lubuk borong)
  • Fokus pada produk niaga dan tidak membazir pada barangan yang bukan keperluan
  • Networking dengan peniaga-peniaga berpengalaman (belajar dari pengalaman mereka)
  • Coaching dengan Master Trainer berpengalaman (Jangan lupa minta tips marketing)
  • Hanya ikuti trip ini sekali sahaja, anda sudah boleh pergi sendiri tanpa kami

TARIKH & ITINERARY PROGRAM

TARIKH TRIP BISNES BORONG VIETNAM

Februari 2017    17 – 19 hb

Mac 2017           17 – 19 hb

April 2017          15 – 17 hb

Mei 2017            12 – 14 hb

Ogos 2017          18 – 20 hb

Sept 2017           15 – 17 hb
 
Oktober 2017    20 – 22 hb
 
Nov 2017            17 – 19  hb
 
Dis 2017             15 – 17 hb

FLIGHT DETAILS

KL  –  HO CHI MINH CITY

  • HARI:          JUMAAT (Tarikh seperti di atas)
  • Flight No. : AK526
  • Waktu :       1205 t/hari

HO CHI MINH CITY  –  KL

  • HARI:          AHAD (Tarikh seperti di atas)
  • Flight No. : AK523
  • Waktu :       1620 petang

ITINERARY PROGRAM

Hari Pertama (Jumaat)
930 pagi
        Berkumpul di KLIA2

1120 pagi      Boarding Flight

100 petang   Tiba di Tan SonNhat Airport Ho Chi Minh City (waktu Vietnam)

230 petang   Tiba di Hotel

330 petang   Aktiviti lawatan ke pusat borong sekitar pasar Ben Than

730 malam   Makan Malam

830 malam   Lawatan ke Pasar Malam

930 malam   Aktiviti Bebas/Rehat

 

Hari Kedua (Sabtu)

700 pagi       Sarapan pagi di hotel

730 pagi       Lawatan ke Pusat Borong (Wholesale Center)

1030 pagi     Lawatan ke Pasar Tan Bihn & China Town

130 petang   Makan Tengahari

230 petang   Solat Zohor di Masjid Musulman (Saigon Central)

300 petang    Lawatan ke Pasar Russia

430 petang    Pulang ke hotel

Aktiviti Bebas

800 malam    Makan malam

Aktiviti Bebas

 

Hari Ketiga (Ahad)

700 pagi        Sarapan pagi di hotel

Ativiti Bebas

10 pagi          Persiapan Barangan “Shipping” (Jika perlu)

1230 t/hari   Check Out Hotel

100 petang   Makan tengahari

145 petang   Bertolak ke Airport

410 petang   Berlepas Pulang ke KL

730 malam   Tiba di KLIA2

845 malam   Bersurai

PAKEJ – PAKEJ TRIP BISNES BORONG VIETNAM

pakej basic

PAKEJ BASIC

* Tidak termasuk TIKET PENERBANGAN – Peserta haru menempah sendiri berdasarkan info penerbangan di atas

premium

PAKEJ PREMIUM

* Pakej ini sudah termasuk tiket penerbangan

EXCLUSIVE

PAKEJ EXCLUSIVE

* Dengan pakej ini, sudah termasuk kos penghantaran sehingga 50kg barangan yang telah dibeli. Anda dah borong? Hanya tunggu barangan yang di beli dihantar di pintu rumah.

Saya berminat untuk menyertai Trip Bisnes Borong Vietnam ini

MITOS-MITOS TRIP BORONG VIETNAM

  1. Ringgit Jatuh, produk Vietnam makin mahal

Cuba anda jawab soalan ni, adakah produk dan barangan di Malaysia harganya turut jatuh atau makin naik? Peniaga di Malaysia akan cuba mencari jalan dalam menurunkan kos produk mereka dan bila itu terjadi kualiti produk di gadaikan. Contoh seperti harga gula yang baru sahaja naik;

 “Gula naik 10 sen sekilo, teh Tarik naik 20 sen secawan”

Manakala di Vietnam, mereka tidak terjejas dengan kejatuhan Ringgit, maka harga jualan produk di sana tak berubah dengan ketara – dan yang paling penting masih mampu untung

 Seperti video di bawah, walau bagaimana gawat sekali pun, Vietnam tetap dipenuhi dengan rakyat Malaysia

2.      Di Vietnam tidak selamat dengan banyak kes terjadi pada Rakyat Malaysia

Untuk pengetahuan anda mereka yang terlibat dengan kes tersebut berada di kawasan mana dan kejadian terjadi pada waktu bila? Sama juga di Malaysia, jika anda berada di kawasan “hitam” pada waktu 1-3 pagi, adakah anda pasti anda masih selamat?

Kebanyakan kes terjadi di kawasan-kawasan seperti tempat hiburan dan juga berlaku pada di awal waktu pagi. Dari rekod yang telah dimaklumkan pada kami, kes samun terjadi antara jam 1-3 pagi dan ketika mangsa sedang berseorangan.

Jika kita pergi dengan niat untuk berniaga, sila jauhi tempat-tempat tersebut. Alhamdulillah sepanjang kami mengendalikan trip ini masih belum ada kes kejadian samun dan perkara tidak diingini 

 

3.                Produk di Vietnam tidak semurah yang diharapkan

Harus diingatkan, bahawa anda pergi ke Vietnam untuk mendapatkan produk berkualiti tinggi dengan harga mampu milik, mampu jual dan mampu untung.

Jika anda ingin mendapatkan produk dengan harga MURAH, terus terang kami katakan maka Vietnam bukan tempatnya. Jika MURAH adalah tujuan anda, kami nasihatkan lebih baik pergi berborong di beberapa pusat borong di ibukota.

Jika kualiti, pilihan design dan trend terkini, insya Allah Vietnam adalah sesuai untuk anda.

4.                               Susah nak cari makanan halal di Vietnam

IMG_20160319_143504(1)

Insya Allah dengan trip ini, anda tidak akan kelaparan

Bergantung pada tempat dan destinasi, Bandaraya Ho Chi Minh adalah mudah untuk dapatkan makanan halal. Cumanya, seperti lazim di Negara “Non-Muslim”, makanan Halal agak mahal. Anda perlu peruntukan sekurang-kurangnya Rm15-Rm20 untuk sekali makan seorang. Jika anda makan sarapan, tengahari dan malam sekurang-kurangnya RM50-60 perlu disiapkan untuk sehari dan untuk seorang

Dengan mengikuti trip ini, anda tak perlu risau akan makanan, semua kami sediakan. Hanya fokus pada shopping, shopping dan shopping

5.              Berapa ramai peserta yang akan mengikuti setiap Trip

Insya Allah, kami menjanjikan kualiti para peserta trip. Bermaksud, kami akan pastikan setiap peserta akan dibantu dalam mendapatkan produk atau servis yang ingin mereka dapatkan di Vietnam.

Untuk itu, maximum setiap trip adalah seramai 14 orang peserta

IMG-20170319-WA0018

Insya Allah dengan trip ini, anda tidak akan kelaparan

6.    Boleh kah saya memilih untuk menaiki syarikat penerbangan lain dari Air Asia dan bagaimana pula jika saya ingin menetap extra 1-2 hari?

Kami tidak mempunyai sebarang masalah jika peserta ingin memilih syarikat penerbangan yang lain dari yang kami pilih. 

Cuma peserta hendaklah memaklumkan pihak kami terlebih awal untuk pengurusan pendaftaran masuk hotel

Jika peserta ingin menginap extra 1-2 hari dari trip kami, diharap dapat maklumkan kami terlebih awal.

 

7.   Berapa bajet jumlah wang yang perlu saya bawa untuk trip ini?

 

Ini adalah subjektif dan bergantung pada niat anda untuk ke Vietnam. Jika hanya untuk berjalan-jalan dan cuba-cuba, kami sarankan sekurang-kurangnya RM2,000

Tapi jika untuk berniaga, secara puratanya dalam lingkungan RM5,000 ke atas (berdasarkan pengalaman peserta-peserta kami).

Namun sekali lagi diingatkan, semuanya bergantung pada diri anda. Jika serious untuk berniaga, buatlah pengiraan yang sebaiknya.

SIAPA KAMI?

G Minds Group – (no syarikat)

Ditubuhkan pada tahun 2009

 

MASTER TRAINER :      MOHAMAD FADZLI

BACKGROUND :      KEJURUTERAAN TELEKOMINIKASI

PENGALAMAN :    

  • 8 TAHUN BUSINESS & MARKETING
  • MEMPUNYAI PERNIAGAAN BORONG TUDUNG SENDIRI
  • 11 TAHUN BERURUS NIAGA DI BUMI CHINA, VIETNAM DAN HONG KONG
  • ILMU DIGITAL MARKETING

 

DSC_0067edit

WhatsApp Image 2016-11-21 at 10.39.36

Sinar Harian, November 2016

IMG-20170115-WA0029

Positif (TV3), Januari 2017

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

MASIH RAGU-RAGU UNTUK SERTAI KAMI?

APA YANG ANDA AKAN DAPAT “SELEPAS” MENGIKUTI PROGRAM TRIP BISNES BORONG VIETNAM INI?

 

  1. Support Group – Whatsapp & FB Group
  2. Business Coaching

(Kos Berasingan – Sales Funnelling, Online Marketing, Branding, Copywriting)

  1. Anda akan yakin untuk pergi sendiri TANPA sebarang bantuan pihak ketiga
  2. Bantuan penghantaran produk kembali ke Malaysia (untuk trip seterusnya)

 

Anda takut untuk mulakan bisnes pakaian Muslimah ini?

Takut dengan lambakan peniaga online?

Cer Tanya kaum wanita, mampukan mereka “BERHENTI dari shopping pakaian (tudung, jubah, telekung, dress). Selagi mereka tak mampu untuk jawab soalan ini, selagi itu lah bisnes fesyen Muslimah ini tidak akan mati dan selagi itu lah peluang anda masih cerah dalam bidang ini, insya Allah.

P/S: ANDA DAH TERLALU LAMA DITEKAN DENGAN MASALAH KEWANGAN. SABAN HARI KOS SARA HIDUP MAKIN MENINGKAT, GAJI ANDA JUGA TAK NAIK-NAIK. SAMPAI BILA HARUS ANDA TUNGGU? ORANG LAIN DAH MULA MENGORAK LANGKAH SEBAGAI PERSIAPAN BISNES RAYA, ANDA MASIH LAGI ENJOY DENGAN DUIT GAJI YANG TAK SEBERAPA ADA. SERTAI TRIP BISNES BORONG VIETNAM INI DAN JANA PENDAPATAN 5-ANGKA (DENGAN USAHA DAN TAWAKKAL) UNTUK AIDILFITRI AKAN DATANG. KLIK DAFTAR SEGERA DI BAWAH SEKARANG

3 Comments

  1. norazilah abdul rhaman
    5 months ago

    saya sangat berminat dengan pakej2 ni tapi kurang yakin dengan diri sendiri

    Reply

    • Fadzli Amin
      5 months ago

      salam puan Norazilah, jika tak keberatan mungkin puan boleh whatsapp kami di 012.2250895.
      insya Allah kami cuba bantu puan ya

      terima kasih

      Reply

  2. Zulena ismail
    3 months ago

    Bagaimana nak daftar untuk tarikh may 12-14?

    Reply

Post a Comment

Your email is never published or shared. Required fields are marked *